1. Jumlah pemain
    1.1. Maksimum 6 pemain, dan minimum 4 pemain di atas padang termasuk penjaga gawang. Sekiranya kurang dari 4 pemain, maka pasukan tersebut dianggap “Disqualified” dan jika melebihi 6 pemain sewaktu perlawanan dijalankan, kad kuning diberikan secara automatik kepada kapten pasukan.
    1.2. Pertukaran pemain secara “Rolling Substitute” dan tiada had.
    1.3. Pertukaran pemain dibenarkan ketika bola di luar padang, terutama penjaga gawang.
  2. Masa
    2.1. 19 minit tempoh perlawanan.

    2.2. 9 minit setiap separuh masa, seminit waktu rehat dan pertukaran tempat pasukan.
    2.3. Setiap pasukan haruslah bersedia untuk memasuki padang. Segala jenis perbincangan taktikal dan formasi mestilah diselesaikan sebelum memasuki padang.
  3. Sepakan masuk (bola keluar dan sepakan penjuru)
    3.1. Kedudukan bola mestilah diletakkan tepat di atas garisan. Sekiranya gagal, bola akan diberikan kepada pihak lawan.

    3.2. Kaki yang tidak digunakan untuk menyepak bola harus sentiasa diluar garisan. Sekiranya gagal melakukannya sebanyak 2 kali secara berterusan, bola diberikan kepada pasukan lawan.
    3.3. Tempoh masa 4 saat diberikan. Sekiranya gagal, bola akan diberikan kepada pihak lawan dan sepak masuk semula oleh pasukan lawan.
    3.4. Pemain lawan mestilah berjarak 5m dari tempat sepakan masuk dibuat.
    3.5. Sepakan terus ke dalam gawang tidak dikira, melainkan terkena mana-mana pemain terdahulu. Dikecualikan untuk sepakan penjuru.
    3.6. Tiada had ketinggian ketika sepak masuk bola.
  4. Sepakan percuma
    4.1. Sepakan diambil ditempat pemain melakukan kesalahan.

    4.2. Jarak benteng mestilah berada 3 langkah penuh dari bola.
    4.3. Pemain yang gagal mematuhi arahan (cth: pemain yang menyepak cuba mengubah kedudukan sepakan atau benteng yang makin menghampiri bola sebelum sepakan dilakukan) akan dikenakan foul.
  5. Sepakan penalti
    5.1. Sepakan diambil dari tanda “penalty spot” didalam kawasan penalti.

    5.2. Peraturan “one step kick” digunakan.
    5.3. Pemain lain mestilah berada di luar kawasan penalty.
    5.4. Penjaga gawang mestilah berada diatas garisan gol.
  6. Jenis-jenis kesalahan
    6.1. Menendang atau membuat percubaan untuk menendang pemain lawan.

    6.2. Menjatuhkan pemain lawan.
    6.3. Melompat ke arah pemain lawan.
    6.4. Menerjah ke arah pemain lawan secara bahaya.
    6.5. Menerjah ke arah pemain lawan daripada belakang.
    6.6. Menyerang, membuat percubaan menyerang, atau meludahi pemain lawan dengan sengaja.
    6.7. Memegang pemain lawan secara kasar.
    6.8. Menolak pemain lawan.
    6.9. Menerjah pemain lawan dengan bahu (shoulder charge), “body contact” dibenarkan di dalam permainan.
    6.10. Slide pemain lawan ( sliding tackle). Slide tidak dibenarkan sama sekali. Pengadil berhak menentukan keputusan di atas pemerhatiannya.
    6.11. Bermain secara bahaya (cth: menendang bola yang dipegang penjaga gol atau melakukan kekasaran dengan sengaja).
    6.12. Melakukan penghadangan.
    6.13. Menerjah penjaga gol di dalam kawasan penalti.
    6.14. Membantah keputusan pengadil secara berlebihan / secara kasar.
    6.15. Menggunakan tangan secara sengaja untuk memegang bola, kecuali penjaga gawang di dalam kawasan penalti.
    6.16. Tingkah laku buruk dan provokasi secara melampau.
    6.17. Membantah keputusan pengadil secara berlebihan atau kasar.
    6.18. Mengeluarkan kata-kata kesat.

 KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD

Disediakan oleh,

Suhaib bin Kamar
Unit Permainan dan Pengadilan
Z-League 2014/2015.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS