Salam Sednawi, 18 Dis – Pengurusan STY dengan rasminya menamakan Farikh Ikhsan sebagai pengurus baru STY bagi menggantikan Anas Zharif bagi menghadapi musim baru Z-League. Pihak STY telah mencapai kata sepakat dengan tawaran kontrak selama 5 bulan berakhir Mei 2015.

Ikhsan yang sinonim dengan taktikal “Cihuahua” bakal membawa sedikit perubahan dalam pasukan STY musim ini.

“Saya menerima tawaran kerana mahukan cabaran baru. Saya akan cuba sedaya upaya untuk mengembalikan semula kejuaraan kepada pasukan ini dengan ramuan saya sendiri.” Katanya ringkas ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah “Falnabda’ bianfusina” di Masjid Fatah.

Ikhsan yang sebelum ini memegang jawatan Physio, Scout dan Coach STY juga pernah melatih pasukan BEMBAN DRAGON yang beraksi di Liga Super Batu Gajah tiga tahun lalu yang menyebabkan BEMBAN DRAGON tersingkir ke divisyen 2.

“Make A Happy Football”

Farikh Ikhsan - Pengurus baru Shakkat Ten Yoo

Farikh Ikhsan – Pengurus baru Shakkat Ten Yoo

Sumber: Page Shakkat Ten Yoo

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS